Saturday, February 26, 2011

TAJUK :
Sejarah dan peranan Tuan Haji Ibrahim bin Haji Hanafi sebagai imam di masjid kampung saya


DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 151


DISEDIAKAN OLEH :
Nama: Soliah binti Md Isa
No matrix : 2010268732
Kumpulan: ASD2Dn

PROGRAM :
Diploma In Science

TARIKH HANTAR :
27 Februari 2011







ISI KANDUNGAN

1. Isi kandungan
2. Abstrak
3. Pendahuluan
4. Pengertian imam
5. Sejarah hidup Tuan Haji Ibrahim bin Haji Hanafi
6. Peranannya sebagai imam
7. Cabaran dan rintangan yang di alami sepanjang bergelar imam.
8. Penghargaan yang diterima
9 .Penutup
10.Bibliografi





ABSTRAK

Menjadi pemimpin dalam kalangan masyarakat adalah satu tugas yang amat berat. Tambahan pula, semua tanggungjawab diletakkan sepenuhnya di bahu seorang pemimpin. Dalam konteks agama, imam dilihat sebagai pemimpin yang ulung. Tugas-tugas yang dilakukan oleh golongan ini tidaklah mudah. Hal ini demikian kerana, tugas-tugas yang dilaksanakan adalah berteraskan agama yang kuat.Bermakna tugas yang digalas adalah merangkumi konteks dunia dan akhirat. Sebagai pemimpin atau imam, seseorang itu haruslah mempunyai pengetahuan yang luas dalam aspek duniawi dan ukhrawi. Hal ini demikian kerana, pengetahuan imam akan dijadikan rujukan jika masyarakat mempunyai cabaran mengenai sesuatu perkara. Imam adalah umpama rujukan guru kepada masyarakat. Meskipun tugas sebagai seorang imam adalah tidak mudah, namun haruslah diingat bahawa tugas mereka adalah amat mulia di sisi ALLAH. tugas sebagai imam adalah tugas yang sentiasa berjihad ke jalan ALLAH.


PENDAHULUAN

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah ,syukur yang teramat kepada Allah kerna memberi kesempatan masa dan tenaga untuk menyiapkan tugasan yang diberi . Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana dipermudahkan segala kerja ketika menyiapkan tugasan ini.

Esei ini ditulis adalah bertujuan untuk menyingkap sejarah hidup dan riwayat hidup seorang tokoh yang saya kagumi.Dengan mengetahui serba sedikit tentang riwayat hidupnya, ini dapat memberi iktibar yang besar didalam hidup saya. Selain itu, esei ini juga bertujuan untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai peranan-peranan tokoh atau imam yang saya kagumi ini kepada masyarakat dan agama. Sesungguhnya menjadi seorang imam adalah bukan suatu tugas yang remeh. Setelah mengkaji dan mengupas dengan lebih lanjut tentang tokoh yang saya kagumi ini, saya telah m endapat banyak informasi yang berguna terutamanya tugas-tugas seorang imam di masjid dengan lebih mendalam.disamping itu juga, esei ini ditulis dengan bertujuan untuk memberi galakan dan dorongan kepada generasi muda. Dengan itu, generasi muda akan terus memperjuangkan agama dengan lebih bersemangat.

Bidang yang akan saya tulis adalah mengenai riwayat hidup seorang imam yang amat saya hormati di tempat saya. Penulisan saya akan merangkumi sejarah hidupnya sebelum bergelar seorang imam , peranannya sebagai seorang imam di masjid mahu pun kepada masyarakat , cabaran-cabaran yang di lalui olehnya sepanjang bergelar seorang imam dan sumbangan dan penghargaan yang diterima sebagai seorang imam .

Akhir sekali, diharap hasil penulisan saya ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca . Saya juga berharap hasil tulisan saya ini sedikit sebanyak mampu memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kehidupan seorang insan yang bergelar imam sekaligus mengubah persepsi yang kurang baik terhadap golongan ini .

Kesimpulannya , hasil penulisan ini diharapkan dapat memuaskan hati semua pihak terutamanya penilai kerja kursus ini iaitu Ustaz Abdul Aziz bin Harjin .




KONSEP IMAM

Imam (dalam bahasa Arab) bererti pemimpin. Dalam erti biasa Imam adalah individu yang dilantik bagi memimpin golongan para jemaah ketika melakukan ibadah solat atau amal kebaikan. Erti lain ialah mereka yang diberi kepercayaan menjadi pemimpin bagi satu kumpulan untuk memimpin ke jalan yang benar (khalifah). Dalam konteks Sunni, Islam tidak mempunyai konsep imam yang serupa dengan Syi’ah. Maksud imam bagi fahaman Sunni, adalah seseorang yang mengetuai ibadah dan aktiviti keagamaan dan Khutbah Jumaat juga diberi oleh imam yang ditugaskan. Perkataan imam juga digunakan untuk seseorang yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam Islam. Pada kebiasaannya, perkataan ini digunakan untuk pengasas bagi keempat-empat Mazhab Sunni. Selain itu, Imam juga digunakan untuk merujuk kepada para Ilmuan Islam yang mengasaskan ilmu yang berdasarkan hadis. Disamping itu, perkataan ini juga boleh merujuk kepada ketua keluarga Nabi Muhammad S.A.W pada generasi pada masa itu. Dalam konteks lain, Imam Ali yang merujuk kepada Ali ibn Abi Talib, ialah frasa yang biasanya digunakan dalam kedua-dua puak Syi’ah dan juga Sunni walaupun maksudnya berbeza bagi kedua-duanya.

Dalam satu hadis : dari Abu Hurairah r.a., Ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kita umat yang terakhir (di dunia) paling di muka (di akhirat). Siapa yang mematuhi perintah saya, bererti ia telah patuh kepada Tuhan. Sebaliknya, siapa yang mendurhakai saya, sesungguhnya ia mendurhakai Tuhan. Siapa yang mematuhi Amir (pembesar negeri), sesungguhnya ia telah mematuhi saya dan siapa yang mendurhakai Amir, sesungguhnya ia telah mendurhakai saya. Dan sesungguhnya Imam itu dinding (pembela) terhadap rakyat yang dibelakangnya. Jika rakyat itu diperangi musuh, Imam mempertahankannya. Jikalau ia memerintahkan taqwa kepada Allah dan ia bersikap adil, maka kerana hal yang demikian itu, ia memperoleh pahala. Sebaliknya kalau ia berkata (berbuat) bukan demikian, maka ia berdosa (dihukum.". Demikianlah betapa agung dan hebatnya peranan sebagai seorang pemimpin . Selain itu , dalam satu hadis yang lain : Anas bin Malik r.a. menceritakan, bahawa Rasulullah saw. pada suatu kali mengenderai kuda. Rasulullah jatuh dari kuda itu sehingga luka rusuk beliau yang sebelah kanan. kerana itu Nabi solat sambil duduk dan kami pun solat di belakang beliau sambil duduk pula. Selesai solat beliau bersabda: "Sesungguhnya imam diadakan untuk diikut. kerana itu apabila imam itu berdiri, maka berdiri pulalah kamu. Apabila dia rukuk, rukuk pulalah, apabila dia bangkit, bangkit pulalah, dan apabila dia mengucapkan Sami'allahu liman hamidah, maka ucapkanlah Rabbana lakal hamd. Dan apabila dia solat berdiri, maka solat pulalah berdiri, dan apabila dia solat sambil duduk, maka solat pulalah kamu sekalian sambil duduk. " Kata Abu Abdullah, Humaidi berkata, bahawa sabda Rasulullah saw., 'Apabila dia solat sambil duduk, maka solat pulalah kamu sambil duduk, ialah sabda beliau ketika dia sakit dahulu. Sesudah itu beliau (Nabi saw.) pernah solat sambil duduk, sedang orang banyak di belakangnya berdiri. Tetapi beliau tidak menyuruh mereka duduk. Dari kedua keterangan ini tentu diambil yang terakhir dari perbuatan Nabi itu." Berdasarkan hadis-hadis yang sahih ini, dapat dipastikan bahawa imam itu adalah seseorang yang wajib diikuti dan dicontohi . Sebagai rumusannya , imam jib adalah ketua bagi sesuatu yang penting dan amat diambil kira dalam aspek agama Islam . Oleh itu , mereka adalah wajib ditaati selagi ajaran mereka itu tidak lari dari tuntutan Islam .



SEJARAH HIDUP TUAN HAJI IBRAHIM BIN HAJI HANAPHI

Pada tanggal 11 haribulan Disember tahun 1937 , Tuan Haji Ibrahim bin Haji Hanaphi telah dilahirkan . Beliau dilahirkan di kampong beliau iaitu di Mukim Tobiar , Kedah Darul Aman . Hidup remajanya dihabiskan sepenuhnya bersama ayahanda tercinta arwah Tuan Haji Hanaphi dalam menuntut ilmu agama . Arwah bapa beliau merupakan seorang imam yang disegani ketika itu , sekaligus menekankan ilmu agama di dalam anak-anaknya , termasuklah Tuan Haji Ibrahim sendiri . Setelah menamatkan pengajian di Sekolah An Nahdhotu , sebuah sekolah Arab di Bukit Besar , beliau memulakan kariernya sebagai seorang guru agama di sebuah sekolah agama di Titi Besi , Kepala Batas. Adalah menjadi cita-citanya sejak kecil untuk menolonf anak bangsanya untuk memahami ilmu agama dengan lebih mendalam . Semasa berumur 25 tahun , beliau telah bertemu jodoh dengan Hajah Salmah binti Haji Salleh dan telah dikurniakan 2 orang cahaya mata . Mengimbas detik mula-mula dilantik sebagai imam di Masjid Kampung Paya Rawa , beliau tersenyum sendiri . Setelah 27 tahun berkhidmat sebagai guru agama , beliau mengambil keputusan untuk berdakwah sendiri sehinggalah beliau dilantik menjadi imam di masjid berkenaan. Pada masa itu , masjid berkenaan sedang huru-hara kerana tiada imam yang dilantik sehinggalah beliau dilantik. Menurut beliau , masjid yang dibina sekarang ini ialah binaan semula yang baru siap dibina pada tahun 2007 dan beliau adalah imam pertama kepada masjid binaan baru berkenaan.




PERANAN TUAN HAJI IBRAHIM SEBAGAI IMAM

Setelah menamatkan tugasnya sebagai guru agama , beliau seterusnya memulakan tugas sebagai imam di Masjid Kampung Paya Rawa . Menjadi imam sememangnya bukanlah tugas yang ringan. Menjadi imam bermaksud segala apa yang terjadi di masjid dan masyarakat yang berada di kawasan khairatnya adalah di atas tanggungjawabnya . Tugasnya sebagai imam di masjid dan pada masyarakat adalah merangkumi ; menjadi imam pada setiap kali waktu sembahyang , membaca khutbah pada setiap kali solat Jumaat , menjadi jurunikah , mengendalikan kematian dan perkahwinan , menyampaikan ceramah-ceramah di masjid dan surau yang berada didalam khairatnya . Beliau turut mengandalikan beberapa kelas yang diadakan di masjid . Pada setiap hari Selasa,Rabu dan Jumaat akan diadakan kelas tajwid kepada penduduk sekitar . Tindakan ini diambil oleh Tuan Haji Ibrahim bagi memperbaiki ilmu pengetahuan masyarakat sekeliling . Selain itu , pada setiap malam Khamis pula akan diadakan kelas mengaji Al Quran kepada sesiapa yang berminat. Menurut beliau lagi, beliau turut menjadi perintis kepada pembukaan perpustakaan, dewan orang ramai, tadika dan dewan memasak di masjid berkenaan. Di sebelah masjid, terdapat dewan orang ramai, dewan memasak dan tadika yang turut diuruskan oleh organisasi masjid berkenaan. Pada setiap bulan pula , beliau akan menziarahi surau-surau yang berada di bawah khairatnya iaitu : surau Kampung Lubuk Getah , Surau Kampung Padang Nyiur , Surau Kampung Durian , Surau Kampung Bukit Patong dan Surau Kampung Bukit Lanjut . Beliau melakukan sedemikian untuk memantau keadaan penduduk dan surau-surau di setiap kampung yang menjadi tanggungjawabnya berada dalam keadaan baik dan sejahtera.






PERISTIWA MANIS DAN CABARAN YANG DI ALAMI

Memegang tanggungjawab yang besar dan sukar , bukanlah semudah yang disangka . Tambahan pula apabila perkara mengenai agama seperti mengendalikan masjid dan masyarakat yang tidak sedikit jumlahnya . Perkara yang sama juga lah yang terjadi kepada Tuan Haji Ibrahim. Antara perkara manis yang yang pernah dilalui beliau ialah berpeluang mengajar bahasa Arab dalam bahasa Korea dan merantau beberapa buah negara untuk berdakwah. Selain itu , perkara yang membuatkan dirinya gembira dan bersyukur ialah apabila tabung khairat yang diasaskan di masjid beliau bertugas mencapai kutipan RM 1 juta. Beliau amat bersyukur dan berterima kasih di atas sumbangan tersebut kerana dengan kutipan berkenaan, pihak masjid berpeluang membantu lebih ramai orang yang menghadapi kesusahan. Di samping itu juga , perkara yang mengembirakan beliau ialah apabila segala usaha-usaha beliau untuk mengimarahkan masjid mendapat sambutan dari setiap anggota masayarakat. Hubungan diantara orang-orang masjid juga sangat lah baik, dan sudah boleh dianggap sebagai keluarga sendiri. Bagi beliau, kehadiran para jemaah ketika waktu solat dan aktiviti-aktiviti masjid amat lah memuaskan. Ini menambahkan semangat beliau. Menurut beliau lagi, setiap kali menyambut Maulidul Rasul adalah perkara yang manis buat beliau. Hal ini demikian kerana beliau berasa gembira melihat semua anggota masyarakat bekerjasama melakukan aktiviti yang bermaanfaat di masjid. Ianya seumpama menyatukan umat-umat Islam di kampung itu. Namun , disebalik perkara manis ada juga cabaran yang pernah dialami. Walaupun begitu , Tuan Haji Ibrahim tidak pernah menjadikan cabaran itu sebagai batu penghalang untuk terus menjalankan tanggungjawab yang diamanahakan. Antara perkara yang pernah di alaminya ialah apabila segelintir penduduk tidak sependapat dengannya. Menurut beliau, mereka mengusulkan idea untuk mengadakan sambutan Maulidul Rasul di masjid dengan mengadakan pertandingan berzanji. Namun beliau menolak keras idea tersebut dan mengundang rasa tidak puas hati kepada pihak berkenaan. Namun beliau tetap menegaskan pendirian mengenai hal tersebut dan menjelaskan sebab munasabah kepada mereka.


PENGHARGAAN YANG DITERIMA

Meskipun menggalas tanggungjawab yang berat di bahunya, Tuan Haji Ibrahin tidak pernah mengganggap itu sebagai suatu beban buatnya. Malah beliau tidak pernah meminta balasan dari masyarakat. Namun ada segelintir pihak yang berasakan beliau perlu lebih dihargai. Atas dasar itu, beliau sering menerima pelbagai penghargaan dari pelbagai syarikat swasta dan kerajaan malah sering diundang untuk memberiakan ceramah. Beliau turut menerima bekalan aiskrim dari Syarikat Raja Sakti Sdn Bhd sehingga sekarang. Bagi beliau, beliau amatlah berterima kasih kepada pihak-pihak yang sanggup memberi penghargaan kepadanya.


PENUTUP

Ini dapatlah membuat kesimpulan bahawa tugas dan peranan imam yang tergalas di bahu Tuan Haji Ibrahim bin Haji Hanaphi bukan ringan dan wajar diberi penghargaan yang tinggi dari seluruh anggota masyarakat. Tugasnya sebagai imam merangkumi ; mengimami setiap solat di masjid, juru nikah(ijab dan qabul),memberi khutbah setiap kali solat Jumaat,memberi caramah di masjid dan di surau-surau yang berada di bawah kawasan khairatnya, berkongsi ilmu dengan masyarakat sekeliling dan mengendalikan hal-hal kematian dan perkahwinan. Kita seharusnya menjadikan semangat beliau sebagai model kepada kita untuk sama-sama membangunkan masyarakat dalam konteks agama.


BIBLIOGRAFI

Nama responden : Tuan Haji Ibrahim bin Haji Hanaphi
Umur : 74 tahun
Internet: www.hadis terjemahan melayu.htm